Monday, September 28, 2009

Memperkenalkan LAMPIN GUNA SEMULA YANG DAPAT MEMBERIKAN PENJIMATAN KEPADA PARA IBUBAPA


Saya Asnawi ingin memperkenalkan kepada Ibubapa (Ma&Pa) di luar sana produk baru terhangat di pasaran Malaysia sekarang. Baru setahun jagung. Produk ini dipanggil One Size Pocket Diaper ataupun juga Cloth Diaper

Apa itu cloth diaper?



Cloth Diaper(CD) adalah 'pampers' boleh basuh dan diguna semula. Seperti Ma&Pa membasuh pakaian baby2 Ma&Pa. Tip penting - untuk menjaga ketahanannya Ma&Pa dinasihatkan menggunakan laundry bag untuk cucian mesin basuh.

Kelebihan2 ketara One Size CDs ini seperti:

* Beli sekali tahan 3 tahun. Memang JIMAT !!!


* Lapisan luar CDs adalah PUL(polyurethane laminate) material yang buatkannya kalis air (waterproof).
  • * Lapisan dalam CDs adalah microfleece material yang menyebabkan baby sentiasa kering.
  • * Insert/soaker adalah 3 lapisan microfiber menjadikannya 5x lebih berkesan serapannya berbanding towel biasa. So inserts2 ini menyerap pee seperti diaposable diaper yang Ma&Pa trust selama ni.
  • * PENTING ! CDs ni memang TIADA campuran bahan kimia yang boleh menyebabkan ruam lampin seperti yang terdapat dalam disposable diaper. Baby2 Ma&Pa bebas nappy rashes.
  • * CDs sangat senang dibersihkan berbanding kain lampin biasa dan cepat kering juga.
  • * SPECIAL! CDs ni dipanggil One Size Pocket Diaper kerana satu CDs boleh di adjust saiz dari saiz S,M,L dan XL (newborn ke 18kg). So, memang boleh pakai lama dari baby Ma&Pa baru lahir hingga umur 3 atau 4 tahun.


  • * CDs ni kemas, selesa dan mudah dipakaikan sebabnya memang khas dibuat 2 sejenis saja: butang dan pelekat velcro. Tak macam Ma&Pa nak pakaikan lampin biasa nak kene ikat plastik. Kalau baby2 Ma&Pa dah makin besar makin struggle nak pakai lampin.
  • * Paling BEST juga, AIO CDs ni banyak pilihan warna dan corak untuk koleksi baby2 Ma&Pa.
  • * Disamping Ma&Pa berjimat, satu perkara penting Ma&Pa buat ialah SELAMATKAN ALAM SEKITAR! bayangkan selama ni Ma&Pa telah buang disposable diaper yangmengambil masa 300 - 500 tahun ! untuk dilupuskan.



PENGALAMAN PENGGUNA

Pn. dyana

Glitter PhotosGlitter Photos

Glitter PhotosGlitter Photos

Ma&Pa boleh panggil saya mama Dyana...saya mama kepada 4 orang baby...semua masih kecil2 lagi...Hakimi 6 tahun, Nurul Iffah 4 tahun, Dzaquan 3 tahun dan Irfan 2 tahun...mempunyai anak yang ramai, blanja pun banyak...pakaian, susu, 'pampers', makanan tambahan, mainan dan bermacam lagi...saya percaya ada antara Ma&Pa menghadapi situasi seperti saya...blanja besar... paling ketara blanja untuk 'pampers' dan susu...

Susu kita masih boleh berjimat untuk 2 tahun pertama jika Mama2 dapat beri susu ibu yang tiada tandingan khasiatnya...ada tips untuk Mama2 yang bekerja atau kekurangan air susu, Mama2 boleh cuba minum air zam zam sambil berniat untuk menyusukan baby...insyaallah , banyakla air susu Mama2 semua... selain tu, Mama2 amalkan makanan yang berprotin : sayuran hijau dan kekacang dan lain2...Mama2 boleh guna breastpump untuk insult susu keluar... pelbagai jenama ada di pasaran...ada yang murah, ada yang mahal, ada yang berkesan dan ada yang tidak... saya sendiri pernah beli dalam 5 jenis breastpump... tapi, selepas melahirkan anak ke-4, saya beli breastpump jenama Avent... saya sangat puas hati kualiti dan keberkesanannya walaupun jenis manual... memang agak mahal tapi berbaloi!.

Susu baby Ma&Pa dah ada cara untuk berjimat, macam mana pula dengan 'pampers'?... 2 orang baby saya mesti pakai 'pampers'... sehari average 5 keping... sebulan sorang baby 2 packs diaposable diaper... 1 pack harga rm40... jadi 2 orang 4 packs dengan blanja rm160....pasti ada masa2 di mana baby2 Ma&Pa dapat sakit cirit-birit atau kerap poo... mungkin salah makan ker ataupun baby banyak makan...ada juga orang tua2 selalu kata kalau baby nak pandai jalan baby akan kerap poo... sejauh mana kebenarannya saya pun tak tahu...tapi perkara pentingnya, dalam situasi begini Ma&Pa dapat berjimat banyak dengan CDs...mungkin juga ada Ma&Pa yang affordable tapi tak salah berjimat kerana dah ada alternatif lain... lagi pun CDs ni semua cantik2 dari disposable diaper.. Penjagaan CDs nih tak la susah mana pun...semuanya bergantung pada kerajinan kita...kalau Ma&Pa malas saya tak boleh tolongla...yang penting bagi saya dan Ma&Pa di luar sana adalah anak...di samping nak berjimat, baby2 terhindar ruam lampin dan kesedaran untuk menjaga alam sekitar...even baby ke2 saya yang dah berumur 4 tahun lebih pun masih saya guna CD nih untuk tidur malam kerana dia masih lagi kadang-kadang pee...

Bercerita sket pasal cara cuci...saya hanya basuh tangan...setakat ini saya tak pernah berus pun malah saya jamin tak perlu berus selamanya...oleh kerana jenis kain CDs nih dibuat supaya poo tak melekat...kesan kuning poo baby2, saya hanya guna clorox pada insertnya saja...untuk masa tertentu bukan selalu...bila baby poo, buangkan poo tuh dalam lubang tandas, basuh inserts dan CD dengan sabun biasa, pelembut kain, bilas, spin dan sedia untuk dijemur...dalam masa 2, 3 jam dah boleh guna semula...saya cadangkan seorang baby perlu ada 6 helai CDs sekurang2nya...mesti Ma&Pa tertanya2 juga bila nak 'travel'...sebenarnya tak ada juga masalah...saya dah 'fully' guna CDs nih...bila baby2 pee atau poo...buatla seperti di rumah juga...basuh dan simpan dalam 'plastic bag' dulu...sampai rumah, spin dan jemur...senang kan...